Saturday, March 2, 2013

Hidup tanpa masalah?

Hidup umpama pohon. Masalah adalah bunganya. Hidup tanpa masalah umpama pohon yang tiada serinya. Setiap yang hidup pasti akan berdepan dengan masalah. Kecil atau besar sesuatu masalah itu bergantung pada kita menilainya. Ada beranggapan apa yang permasalahan kita hanya suatu yang kecil. Tapi ada juga yang beranggapan ianya ia sangat besar. Tapi sahabatku, apa pun masalah yang hadir anggap ia ujian dariNya insyaallah kita mampu mengatasinya. Bincang dengan orang yang hampir untuk bertukar pendapat. Luahkan pada orang yang anda percaya. Insyaallah anda akan lebih rasional untuk membuat keputusan. Sahabatku,tolong jangan buat keputusan yang mudah sebelum kamu rasional kerana kemungkinan besar keputusan itu adalah keputusan yang paling anda kesali.

Sahabatku,sekecil atau sebesar mana masalah yang kita lalui jangan malu untuk berkongsi pada seseorang yang anda percaya. Kemungkinan besar dia tak dapat bantu kamu menyelesaikan masalah tapi sekurang-kurangnya dia dapat menjadi menjadi pendengar yang baik dan membuatkan anda kembali rasional.

-taman sri endah sri petaling-

Thursday, February 28, 2013

Ujian untuk guru..

Apa pun kerjaya pilihan kita. Pastinya ada ujian dan halangan yang hadir bukan. Walau adakalanya kita rasakan seolah tidak mampu untuk melaluinya namun hakikatnya. Kita mesti tempuhi untuk ke tahap seterusnya.

Menjadi seorang pendidik bukanlah suatu kerjaya yang mudah. Walau ramai yang berfikir kerjaya kami kerjaya yang mudah. Tapi tidak semudah itu.

Benarlah kata pepatah yang mengatakan. Lidah lebih tajam dari mata pisau. Pedihnya bila kata tanpa bukti. Pedihnya bila khabar tanpa berita. Hanya DIA tempat mengadu.

Bila keadaan ini belaku. Terasa ingin akhiri khidmatku di sini. Tapi bila renung wajah anak-anak. Aku tabahkan hati untuk mereka terus berada di jalan yang benar. Mereka terlalu muda untuk mengetahui kata perpisahan. Benar aku sudah jatuh sayang pada si kecil ini. Mereka umpama malaikat kecil yang memberi aku semangat untuk terus berjuang.

Beaconhouse sri petaling

Tuesday, February 26, 2013

Fesyen untuk pendidik

Sebagai pendidik fesyen yang mestilah yang sedap mata memandang sama ada dimata ibu bapa mahu pun di mata kanak-kanak.

Bekerja dengan kanak- kanak di umur  tiga tahun adakala saya ingin lebih mengunakan seluar berbanding skirt benar  kalau nak di fikirkan ayu skirt  memang nampak ayu tapi bila di bandingkan kelincahan mereka...alahai lupakan la untuk nampak ayu huhuhu.

Tanggungjawab membataskan untuk saya melalui fesyen yang lebih up to date kononnya. Fesyen saya? Selauar dan kemeja T, blause,jubah berseluar,mexi dan Tshirt muslimah.

Tapi semua tu tetap fesyenkan selagi pakaian kita kena pada gaya dan keadaan. Jangan tak tahu memilih pakaian berona yang sama juga satu fesyen ;-)

Wassalam...

-beaconhouse seri petaling-

Sunday, February 24, 2013

Sikap silam dan realiti hari ini

Assalamualaikum.
Pasti ada yang tertanya tanya kenapa tajuk entri saya kali ini begini.

Pastinya ada terimbau kenangan waktu persekolahan bukan. Cuba kita imbas kembali sikap dan tingkah laku kita semasa alam persekolahan. Pelajar baik kah kita atau nakal sehingga mengundang kemarahan para guru?

Pasti sudah ada yang tersenyum sendiri bukan?

Cabaran saya dalam mendidik anak bangsa kali ini seakan berkait rapat dengan sikap saya d alam persekolahan.
:-) benar saya salah seorang pelajar yang agak nakal satu ketika dulu.walaupun saya seorg perempuan sikap nakal tidak jauh dari saya :-)

Tapi jangan kuatir bakal pendidik. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian bukan.:-) benar pada awalnya saya juga melalui kesukaran itu lebih2 lagi mendidik anak seawal 3 tahun. :-)

Tapi tuhan bersama saya untuk mendidik si cilik ini.

Pada awalnya saya agak gusar untuk melalui situasi ini tapi dengan bantuan rakan sekerja saya dapat mengatasinya.

Tahukah anda ada seorg bapa pelajar saya berpesan pada saya dgn ayat " cikgu,saya seorang yg nakal waktu d sekolah dulu.." pastinya anda tertanya2 mengapa bapa ini memaklumkan pada saya begini  bukan.

Maksud bapa muda ini jangan terperanjat jika anaknya agak nakal d kelas kelak kerana mungkin akan mewarisi kenakalannya.

Sahabatku.
Jangan anda ingin mengharapkan anak anda sbaik-baik manusia sedang anda suatu ktika dulu pernah lakukan sesuatu yang nakal.

Jangan marah jika anak anda nakal sehingga anda sukar untuk mengawal mereka tapi muhasabah diri dan gunakan pendekatan yang terbaik untuk membimbing mereka. Kerana mereka masih ingin meneroka dunia ini.

Sampai sini  dulu entri saya salam manis tanpa gula salam rindu menerusi penulisan. Wassalam :-)

Tuesday, February 19, 2013

Salam pertemuan kembali

Sekian lama menyepi akhirnya saya kembali sebagai seorang pendidik.

Mendidik dan membimbing anak di peringkat umur 3 tahun di salah ssbuah prasekolah swasta bukanlah suatu yang mudah.

Sebagai guru muda yang dangkal dengan pengalaman yang hanya ada teori di peringkat ijazah pertama bukan suatu yang mudah..

Terlalu banyak cabaran dan halangan yang perlu di tempuhi untuk saya mengaplikasi teori yang di pelajari dengan realiti kehidupan kini.

Tapi itu bukan membuatkan saya patah semangat.

Semakin banyak cabaran yang saya tempuhi,semakin bersemangat untuk saya penuhi impian saya.

Jika di izinkanNya,tahun hadapan saya akan mempunyai taman asuhan dan bimbingan sendiri.Doa dari teman-teman akan menyemarakkan lagi  semangat saya untuk mendidik dan melakar perkembangan pembesaran anak bangsa kita.

Salamanis tanpa gula,salam sayang menerusi tinta.semoga akan ada lagi pertemuan antara kita..

Wassalam

#sri petaling,kuala lumpur,malaysia#

Wednesday, October 20, 2010

KELETIHAN BAKAL PENDIDIK

jika bakal pendidik sudh keletihan bgaimana dgn pendidik2 skrg..besar bnar tnggungjwab mreka...pendidik bkn shja mendidik mlah membimbing anak2 ini utk mnjdi owg yg b'gna..berbekalkn pelbgai teknik..seorg gru sbr mngjar...jika b'tema haiwan mka seblh2 dia mhu ap itu haiwan kpda peljarnya...jika p'lukan lakonan seakan haiwn..mka dia lakukan utk mnarik minat pljarnya...nmun kte pnh sdr x tentng 1 pkra..bila kta sdh dewasa..memilih bidg p'guruan skdr utk p'oleh pkrjaan yg lbh jminan sdgkn guru2 kita mndidik kte pnh ksungguhan..blasan kte kpda gnerasi strusnya??skadr btuk ditngga..wahai bkal2 pndidik...ingat la..dtgn kta msa dpn mereka..didik lah mereka dgn pnh tnggungjwb...supya kta dpt mnfaatnya di akhirat kelak..

Tuesday, October 19, 2010